Trip negara samurai - Airport



Haneda Airport ataupun boleh juga dikenali sebagai Tokyo International airport merupakan salah satu airport yang besar di Tokyo selain Narita Airport. Asalnya Haneda Airport hanya bertanggungjawab menampung penerbangan domestik tapi kini “beliau” berkerjasama dengan Narita airport untuk meng’handle’ international flights.


Malam pertama di Jepun, aku decide untuk bermalam di airport sahaja kerana pada mulanya ketika aku membuat kajian; google menyatakan bahawa servis train akan tamat pada pukul 11.00 malam dan flight aku estimate untuk landed pada pukul 10.30 malam. Jadi aku tak mahu bersesak sesak dan putus urat nak berlari lari kejar train maka aku buat decision untuk tidur sahaja di airport. Bagai aur dengan tebing, masa malam tu baru aku perasan train masih lagi aktif sampai nak dekat pukul 12 malam ke 1 pagi- mungkin disebabkan esok tu Sabtu (weekend). Jadi sebenarnya kalau diikutkan sempat sahaja kalau aku nak book hotel dan checkin malam tu jugak, tapi memandangkan aku tak book ape ape, dan risiko untuk walk in tapi hotel penuh adalah tinggi, maka kami masih kekal dengan plan tido dekat airport.


Para pemandu menunggu tetamu masing masing.

Pada aku pengalaman tido dekat airport takde la teruk mana. Selain dari sakit tengkuk dan tido tido ayam sebab pakcik airport rajin betul vacuum lantai, lepastu selang seli dengan bunyi announcement panggilan terakhir flight, airport Haneda menyediakan pelbagai attraction untuk tourist yang kebosanan.

Wishes dari para penontonn... ibu ibu bapak bapak semuaaanyaa..

Prayer room juga disediakan bagi mereka yang nak mengerjakan ibadah dengan jayanya. Aku rasa Jepun sudah mula membuka peluang untuk pelancong Muslim datang ke negara mereka, lebih lebih lagi Olimpik dah nak dekat, boleh nampak dari penyediaan prayer room yang didirikan – agak luas, ade tempat ambil wudhu dan ruang solat wanita juga disediakan dinding pemisah. Wah Bahasa melayu aku.

Prayer room *sumber google*

Prayer room kat sini bukanlah seperti surau di airport Malaysia – dekat sini tak boleh nak tido. Setiap beberapa minit akan ade sorang pegawai yang datang melawat. Diorang bukan nak buat ape pun, cuma nak memastikan kelestarian surau setara dengan objektif kewujudannya. Surau tempat sembahyang, bukan tempat tido. Kalau semua pakat tido dalam tu, abes orang yang nak sembahyang nak sembahyang kat mana pulak. 

Pening ke bro

Ada wish aku diselit disini. mehehe