Hari kedua dimulakan dengan perjalanan ke Kaminarimon Gate
dengan Sensoji Temple. Dua tempat ni terletak dekat Asakusa punya area - so
boleh la dimasukkan sekali dalam itirenari dalam satu hari yang sama.
sebab sampai awal pagi, orang pun tak ramai lagi and kedai pun sikit je yang bukak. Advisable untuk straight ke Sensoji Temple sebab nanti keluar pun lalu balik deret kedai ni.
Dekat temple ni plan asalnye nak masuk terus ke dalam tapi macam di pandang aneh sebab bertudung, so aku tgok dari luar je plus ramai gilee orang kat dalam temple. dekat luar tu ade pelbagai style orang mintak hajat, predicting future dan sembahyang elak bala.
Jalan kat sini memang kena spend masa lama lama sebab banyak gile bende nak explore dan shopping.
Untuk makan tengahhari kitorang decide untuk pergi Ayam-Ya, restoran halal dekat Okachimachi.
Kat kedai ni bayar pakai vending machine, memang agak lama kitorang spend sebab nak memahamkan cemane mesin ni beroperasi. Berguna jugak la ilmu katakana aku kat sini untuk bace tulisan kat situ dan decipher makna yang ditulis. Aku order nasik (dasar melayu) dan aiskrim matcha. MasyaAllah icecream matchia kat jepun sedap ya robb
Dari Hatagaya boleh direct terus
pegi Asakusa naik train metro Ginza Line. Harga tiket dalam 400 yen. Jangan lupa
topup IC card supaya tak tersangkut tak boleh keluar station
Keluar train amek exit 1 jalan
straight lepastu make sure Tokyo Skytree tu kat belakang, kalau Tokyo Skytree
tu kat depan maknenye salah la tu. Lepas seminit jalan lebih kurang akan
nampak Kaminarimon Gate dekat belah kanan, ni adalah petanda masuk ke Nakamise
Shopping street lepastu kalau jalan terus follow deret kedai, akan keluar dekat
Sensoji Temple.
Tokyo Skytree di belakang |
kat sini ade proses goncang2 bende dalam tin lepastu keluarkan kertas dan tengok fortune |
kalau fortune tak elok, kena ikat kat sini |
Untuk solat zohor dan asar kitorang singgah masjid kecil dekat je dengan kedai. Dalam kedai ade sorang budak melayu perempuan bertudung keja, so kitorang tanye die je kat mane nak semayang.
MAsjid tu masjid bertingkat bebetul tepi jalan.
Dalam surau aku jumpe seorang perempuan travel solo dari Indonesia. AKu syak umur dia macam 40 something and aku rase cool nye akak ni travel sorang.
Petang tu plan nye nak ke Akihabara dan malam ni kitorang agak bizi banyak plan- nak ke Shibuya untuk tengok persimpangan paling busy di dunia (kot), dan riki kat mane station bas sebab esok kitorang nak gerak ke Kawaguchiko untuk tengok gunung Fuji!!