Trip negara samurai Part I -Tokyo


Kalau mengikut itirenari hari ini, sepatutnya kami akan ke Akasuka dan kemudiannya Akihabara untuk bershopping (Gshock kiriman rakan rakan), tapi aku faham yang kaki masing masing dah tak mampu menanggung beg gajah yang dipikul. Mengikut timbangan, beg aku yang paling ringan. Jumlah 2 beg dalam 11 ke 12 kg, kalau beg member aku, beg belakang sahaja dah mencecah 11kg. Akak ipar aku pula menganggung lebih kurang berat sama dengan member aku, tapi die bawak beg tarik sekali, so boleh la nak ringankan sikit beban


Ape tu beg belakang dan beg depan? Beg  ialah beg backpack berukuran 35L dan beg depan ialah beg sekolah biasa kita nampak budak sekolah pakai, yang ni aku tak sure berapa litre. Runtuh bahu? Bukan bahu sahaja yang runtuh, air mata pun kadang kadang runtuh meniti ke pipi.

Jadi maka dengan itu, kami bersetuju untuk edit sikit itirenari supaya takde sape mengamuk masa shopping nanti 




Beg beg gajah itu kitorang tumpang letak dekat hotel yang kitorang nak check in malam nanti – Sakura Hotel Hatagaya. Sebelum tu kena lah email hotel mintak permission, boleh ke tidak nak menumpang beg dan paling penting kadar bayaran yang dikenakan. Macam hotel yang kitorang duduk ni, kadar bayaran tumpang beg adalah Percuma!! Semua suka bende free kan muahaha.

Sakura Hotel Hatagaya adalah recommended sebab dekat dengan train station (Hatagaya Station – 5 minit dari Shinjuku Station) dan juga 15 saat berjalan kaki ke Family Mart. Plus point lagi ialah hotel ni muslim friendly – so makanan memang halal dan receptionist hotel boleh speaking English dengan hebat. So takde masalah nak berbicara. Yang jadi masalah ialah aku punye English yang tak hebat. Mostly penduduk dekat Tokyo boleh berbahasa Inggeris, so memang takde masalah, Tapi jangan lah ditanya pakcik dan makcik yang dah tua uzur, memanglah tak boleh judge skill Bahasa pakai usia, tapi kan lebih menjimatkan masa kalau tanye orang muda muda terus hehe

Family mart dekat dengan Hotel