membaris satu lagi impian

Aku ada banyak impian dalam hidup. Satu satu impian tu aku letak garis potong tanda aku dah buat.
impian ni selalunye bermula secara kecil kecilan lah contoh macam dulu masa kecik, impian
aku adalah nak kerja dan ada duit sendiri lepastu beli coki2 secara unlimited.
begitu simple sekali  impian aku. Tak sangka bile dah kerja, duit pon dah pegang sendiri, niat aku nak beli unlimited coki coki tu pun dah terlupus

dah kerja, impian aku dah jadi lain, dah upgrade.
pakai ayat impian ni rase macam tengah tulis novel konserto terakhir la pulak
aku pakai ayat bucketlist

sejujur kata, aku takde physical bucketlist
bucketlist aku biasa nya aku simpan teguh dalam kepala
biar aku sorang je tau
kalau aku tulis kat dinding bilik pon, nanti kawan kawan aku datang tumpang tido,
sekali nmpak bucketlist aku nak jadi artis ternama asia tenggara,
ko tak rase ke aku nak kena maki lepastu?

so pada post kali ini,
aku nak cerita pasal bucketlist aku yang ke tujuh belas,
iaitu diving

Diving adalah satu aktiviti yang pada aku, aku rase, personally aku, adelah yang menakutkan
tapi masih saja teguh aku masukkan dalam bucketlist aku.
mungkin aku takut dengan laut
first time aku snorkeling, 5 taun lepas, aku cuak habis
orang lain takut takut start dulu dekat tepi pantai,
atleast kaki pon jejak lagi dasar laut,
ni tak,
terus saja aku dibawa snorkeling tengah tengah laut
abang bot ketika itu agak baik hati bagi aku pinjam pelampung tayar dia lepas aku boikot taknak turun turun dari bot,
jadinya, tak cukup dengan life jacket, aku bergantung lagi dekat pelampung tayar
tapi perlahan lahan aku lepas kan kebergantungan aku dekat pelampung tu,
aku berenang sendiri pegi explore kehidupan laut
oh best rupanye snorkeling nih,
next time nak buat diving lah.

maka begitulah terhasilnye satu list baru dalam bakul impian aku.

waktu sesi diving baru baru ni,
rasa cuak yang sama waktu aku pegi snorkeling tu ikut aku,
berat dia sama dengan berat tong gas yang aku bawak dekat belakang badan.
15 kilogram, dua kali ganda berat beg baju aku bawak datang terengganu.

mula mula dia akan bagi kau training,
dia ajar cara cara nak bernafas guna gas,
sakit juga dada aku pertama kali aku sedut gas tu,
"only use your mouth to breath"
aku dah 25 tahun hidup, aku bernafas guna hidung,
kalau hidung aku tersumbat baru aku guna mulut,
ni hidung aku tak tersumbat,
macammana aku nak halang bernafas guna hidung?
paham tak?

dia ajar juga macammane kalau air laut termasuk dalam goggle,
macammana nak buat kalau nak terbersin.
apa nak buat kalau kaki kau cramp,
apa nak buat kalau ko tersedak air masin,
ajar bahasa isyarat untuk berbual dalam laut,
ajar macammana kalau terjumpa ikan jerung,
ha tapi yang last tu pepandai kau lah nak idop die kata

1 jam petama aku gigih lagi nak berenang,
turun samapi dasar laut lepastu jalan jalan sikit,
dah masuk sejam setengah lepastu,
aku berenang pon dah tak bergerak
mula mula  ikan lari tengok aku semakin dekat
tapi bile tengok macam tak gerak je orang ni
ikan ikan datang balik tengok aku pakai judging eyes
you know judging eyes macam " ha gemok lagi gemok lagi!! orang kata kontrol makan pegi bersenam taknak! kan dah tak bergerak!!'

gitu kau ikan membawang

lalu instructor diving aku grab baju aku lalu bawak aku pegi berenang.

review aku: pegi lah diving
lepas aku buat aritu (which is discovery package sahaja),
aku ade list impian baru
nak amek lesen diving

doakan aku dimurahkan rezeki untuk strike through impian yang ini.

Popular Posts