gelabah

Semalam server kilang aku dijangiti virus. Sebagai satu satu nya orang IT dalam kilang, muka aku habis tenang semalam. padahal orang tak tahu jantung aku macam nak tercabut ganti dengan kulit peha. Tetibe sangat kan kulit peha. Ntah pape.

Masa loceng balik dah bunyi, aku pandang sekeliling angkat angkat kening tanya pendapat sekeliling yang aku ni patut balik kee tak patut balik?

semua orang be like " ko rilek la jap.. tunggu dalam 10 minit, lepastu cabut lah!"

tapi memandangkan aku ni jenis skema, dulu cita cita nak jadi pengawas, so aku try call bos aku

"Sir,, should i go back orrr should i wait??"

"Why wait? nothing we can do- just go back" *background bunyi angin*

gitu kan. bos aku jawab dari dalam kereta.
dia dah cabut dulu rupenye







Popular Posts